Saturday 24 April 2021

Kajian Tafser Al Quran, 002. Surah Al-Baqarah (The Cow). 49-96.

Kajian Tafser Al Quran, 002. Surah Al-Baqarah (The Cow). 49-96.  

 

2. Al-Baqarah. (Sapi Betina)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


* Perincian Nikmat Tuhan Kepada Bani Israil.

(49) Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan
orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang
seburuk-buruknya, mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan
hidup anak-anak perempuan kamu, sedang kejadian yang demikian itu mengandungi
bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu. (50) Dan (kenangkanlah)
ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri
dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun
bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya. (51) Dan
(kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat
kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia
pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang
yang zalim (terhadap diri sendiri). (52) Kemudian sesudah itu kami maafkan
kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur.

(53) Dan (kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa, kitab (Taurat)
dan keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, yang membezakan
antara yang benar dengan yang salah), supaya kamu mendapat petunjuk.
(54) Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya, ” Wahai
kaumku ! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab
kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah
yang menjadikan kamu, iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik
bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat
kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi
Maha Mengasihani.”. (55) Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata, “ Wahai
Musa ! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah
dengan terang (dengan mata kepala kami)”. Maka kerana itu kamu disambar
petir, sedang kamu semua melihatnya.

(56) Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari
sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur. (57] Dan Kami telah menaungi kamu
dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada
kamu “Mann” dan “Salwa”, (serta Kami berfirman), “ Makanlah dari
makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu.”. Dan
tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi
sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri. (58) Dan (kenangkanlah)
ketika Kami berfirman, “ Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari
benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu
sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri), dan
(mintalah ampun dengan) berkata, " Ya Allah, ampunilah dosa kami.", supaya
kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala
orang-orang yang berbuat baik.”.

(59) Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan
(perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya,
maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari
langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka). (60) Dan
(ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka
Kami berfirman, “ Pukullah batu itu dengan tongkatmu.”, (ia pun memukulnya),
lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air, sesungguhnya tiap-tiap
satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing.
(Dan Kami berfirman), “ Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu,
serta janganlah kamu bertebaran di muka bumi ini dengan melakukan
kerosakan.”


* Pembalasan Terhadap Sikap Dan Perbuatan Bani Israil.

(61) Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata, “ Wahai Musa, kami tidak sabar
(sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja, maka pohonkanlah kepada
Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang
tumbuh di bumi, dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya,
dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya.” Nabi Musa menjawab,
“ Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang
lebih baik ? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa
yang kamu minta itu.” Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan
sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu
ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah
(perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya), dan
mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang
demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa
menceroboh.


* Pahala Orang Yang Beriman.


(62) Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan
orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara
mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta
beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan
tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada
mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.


*  Pembalasan Terhadap Bani Israil Yang Melanggar Perjanjian Dengan Tuhan.

(63) Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil perjanjian setia kamu semasa Kami
angkatkan Gunung Tursina di atas kamu (sambil Kami berfirman), “ Terimalah
Taurat yang telah Kami berikan kepada kamu (serta amalkanlah) dengan
bersungguh-sungguh, dan ingatlah (jangan lupakan) apa yang tersebut
di dalamnya, supaya kamu bertaqwa. (64) Kemudian sesudah itu kamu
membelakangkan perjanjian setia kamu itu (tidak menyempurnakannya), maka
kalau tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu
(dengan membuka pintu taubat), nescaya menjadilah kamu dari golongan
orang-orang yang rugi. (65) Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui
(bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar
(larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka, “ Jadilah kamu
kera yang hina”. (66) Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu
hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang
datang kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak)
bertaqwa.


*  Kisah Penyembelihan Sapi Betina.

(67) Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya, “ Sesungguhnya
Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina.”. Mereka berkata,
“ Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan ?” Nabi Musa menjawab,
“ Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan
yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut).”. (68) Mereka berkata
pula, “ Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada
kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu ?” Nabi Musa menjawab, “ Bahawasanya
Allah berfirman, Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak
terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu, maka
kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya”. (69) Mereka
berkata lagi, “ Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya
kepada kami apa warnanya ?” Nabi Musa menjawab, “ Bahawasanya Allah
berfirman, Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua
warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya.”.

(70) Mereka berkata lagi, “ Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya
diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu ? Kerana sesungguhnya
lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya), dan
kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu
itu).”. (71) Nabi Musa menjawab, “ Bahawasanya Allah berfirman, Sebenarnya
(lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan
untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut
air) untuk menyiram tanaman, ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada
warnanya.”. Mereka berkata, “ Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan
sifat-sifatnya yang sebenar.”. Maka mereka pun menyembelih lembu yang
tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah)
itu.

(72) Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu
tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap
melahirkan apa yang kamu sembunyikan. (73) Maka Kami (Allah) berfirman,
“ Pukullah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu.”
(Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan
orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda
kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya. (740 Kemudian sesudah itu, hati kamu
juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara
batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya, dan ada
pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya,
dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah,
sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.


*  Keimanan Orang Yahudi Sukar Diharapkan Di Masa Rasulullah SAW.

(75) (Sesudah kamu, wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu mengetahui tentang
kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan
bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu,
padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam
Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah
mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah) ?
(76) Dan apabila mereka (orang-orang Yahudi pada zaman Rasulullah) bertemu
dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata, “ Kami telah beriman.”, dan
apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berkata, “ Patutkah kamu
ceritakan kepada mereka (orang-orang Islam) dengan apa yang telah diterangkan
oleh Allah kepada kamu (di dalam Kitab Taurat mengenai kebenaran Nabi
Muhammad) untuk menjadikannya hujah (bukti) yang dapat mengalahkah kamu
di sisi Tuhan kamu ? Tidakkah kamu berakal ?”

(77) (Mereka berani berkata demikian) dan tidakkah mereka ketahui bahawasanya
Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan ?
(78) Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak
mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong
(dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada
sangkaan-sangkaan sahaja. (79) Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis
Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan
rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata, “ Ini ialah dari sisi
Allah.”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia
yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis
oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka
usahakan itu.

(80) Dan mereka berkata, “ Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api
neraka kecuali beberapa hari yang tertentu.”. Katakanlah (wahai Muhammad),
“ Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak
akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu
yang tidak kamu mengetahuinya ?” (81) (Apa yang kamu katakan itu tidaklah
benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi
(ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka
kekal di dalamnya.


*  Bani Israil Mengingkari Janjinya Dengan Allah.

(82) Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga,
mereka kekal di dalamnya. (83) Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami
mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman), “ Janganlah
kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa,
dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin, dan
katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik, dan
dirikanlah sembahyang serta berilah zakat.”. Kemudian kamu berpaling
membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari
kamu, dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian
setianya. (84) Dan (ingatlah), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan
kamu, “ (Bahawa) janganlah kamu menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) sesama
sendiri, dan janganlah kamu usir-mengusir sesama sendiri dari kampung
masing-masing.”. Kemudian kamu telah berikrar mematuhi perjanjian setia itu,
dan kamu sendiri pula menjadi saksi (yang mengakui kebenarannya).

(85) Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama
sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya, kamu
pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan
melakukan dosa dan penganiayaan, padahal kalau mereka datang kepada kamu
sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka, sedang perbuatan mengusir mereka
diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya
kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian
yang lain ? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari
antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat
akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah),
Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. (86) Mereka itulah
orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya)
dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam
kehidupan) akhirat, maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari
kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan.


*  Sikap Orang Yahudi Terhadap Para Rasul Dan Kitab-Kitab Yang Diturunkan
Allah.

(87) Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat,
dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul, dan Kami
berikan kepada Nabi Isa Ibni Maryam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan
kebenarannya dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali
datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak
disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya),
sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang
lain pula kamu membunuhnya ? (88) Dan mereka (kaum Yahudi) berkata pula,
“ Hati kami tertutup (tidak dapat menerima Islam).”. (Sebenarnya hati mereka
tidak tertutup) bahkan Allah telah melaknatkan mereka disebabkan kekufuran
mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka yang beriman.

(89) Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran),
yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka
sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir
musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang
kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad
dan Al Quran), mereka mengingkarinya, maka (dengan yang demikian), laknat
Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu. (90) Sejahat-jahat perkara
(yang mereka lakukan) ialah perbuatan mereka membeli kesenangan dirinya
sendiri dengan mengingkari Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah, kerana
dengki bahawa Allah menurunkan dari limpah kurniaNya (wahyu) kepada sesiapa
yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (iaitu Nabi Muhammad s.a.w).
Dengan sebab itu sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan Allah
bertalu-talu, dan orang-orang yang kafir itu akan beroleh azab sengsara yang
menghinakan.

(91) Dan apabila dikatakan kepada mereka, “ Berimanlah kamu kepada apa yang
telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad).”, mereka menjawab,
“ Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat).”.
Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya,
padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada
mereka. Katakanlah (wahai Muhammad), “ Jika demikian mengapa kamu membunuh
Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang
yang beriman ?”


*  Penyembahan Yang Dilakukan Bangsa Yahudi Terhadap Anak Sapi Merupakan
Tanda Bagi Kecenderungan Mereka Kepada Benda.

(92) Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa
keterangan-keterangan (mukjizat) kemudian kamu menyembah (patung) anak lembu
sepeninggalannya, dan kamu (dengan perbuatan itu) adalah orang-orang yang
zalim. (93) Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu
semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil kami
berfirman), “ Ambillah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) yang Kami
berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (apa yang
diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya).”. Mereka menjawab, “ Kami
dengar, dan kami menderhaka.”. Sedang kegemaran menyembah (patung) anak
lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, dengan sebab
kekufuran mereka. Katakanlah (wahai Muhammad), ” Amatlah jahatnya apa yang
disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman.”.

(94) Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi), “ Kalau syurga negeri
akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah,
tidak boleh dicampuri oleh orang-orang lain (seperti yang kamu dakwakan
itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika
betul kamu orang-orang yang benar.”. (95) Dan sudah tentu mereka tidak akan
mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah
mereka lakukan, dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim
itu. (96) Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu
setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya
mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap
seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur
panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang
disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang
mereka lakukan.



Surah Al-Baqarah (The Cow).

In the Name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful.


* Divine Favours On Israel.

(49) And (remember) when We delivered you from Fir'aun's (Pharaoh) people,
who were afflicting you with a horrible torment, killing your sons and
sparing your women, and therein was a mighty trial from your Lord. (50) And
(remember) when We separated the sea for you and saved you and drowned
Fir'aun's (Pharaoh) people while you were looking (at them, when the
sea-water covered them). (51) And (remember) when We appointed for Musa
(Moses) forty nights, and (in his absence) you took the calf (for worship),
and you were Zalimun (polytheists and wrong-doers, etc.). (52) Then after
that We forgave you so that you might be grateful.

(53) And (remember) when We gave Musa (Moses) the Scripture [the Taurat
(Torah)] and the criterion (of right and wrong) so that you may be guided
aright. (54) And (remember) when Musa (Moses) said to his people, " O my
people ! Verily, you have wronged yourselves by worshipping the calf. So
turn in repentance to your Creator and kill yourselves (the innocent kill
the wrongdoers among you), that will be better for you with your Lord." Then
He accepted your repentance. Truly, He is the One Who accepts repentance,
the Most Merciful.

(55) And (remember) when you said, " O Musa (Moses) ! We shall never believe
in you till we see Allah plainly." But you were seized with a thunderbolt
(lightning) while you were looking. (56) Then We raised you up after your
death, so that you might be grateful. (57) And We shaded you with clouds and
sent down on you Al-Manna and the quails, (saying), " Eat of the good lawful
things We have provided for you," (but they rebelled). And they did not
wrong Us but they wronged themselves.

(58) And (remember) when We said, " Enter this town (Jerusalem) and eat
bountifully therein with pleasure and delight wherever you wish, and enter
the gate in prostration (or bowing with humility) and say, " Forgive us,"
and We shall forgive you your sins and shall increase (reward) for the
good-doers." (59) But those who did wrong changed the word from that which
had been told to them for another, so We sent upon the wrong-doers Rijzan
(a punishment) from the heaven because of their rebelling against Allah's
Obedience.

(60) And (remember) when Musa (Moses) asked for water for his people, We
said, " Strike the stone with your stick." Then gushed forth therefrom
twelve springs. Each (group of) people knew its own place for water. " Eat
and drink of that which Allah has provided and do not act corruptly, making
mischief on the earth." (61) And (remember) when you said, " O Musa
(Moses) ! We cannot endure one kind of food. So invoke your Lord for us to
bring forth for us of what the earth grows, its herbs, its cucumbers, its
Fum (wheat or garlic), its lentils and its onions." He said, " Would you
exchange that which is better for that which is lower ? Go you down to any
town and you shall find what you want !" And they were covered with
humiliation and misery, and they drew on themselves the Wrath of Allah. That
was because they used to disbelieve the Ayat (proofs, evidences, verses,
lessons, signs, revelations, etc.) of Allah and killed the Prophets
wrongfully. That was because they disobeyed and used to transgress the
bounds (in their disobedience to Allah, i.e. commit crimes and sins).


* Israelites Degeneration.

(62) Verily ! Those who believe and those who are Jews and Christians, and
Sabians, whoever believes in Allah and the Last Day and do righteous good
deeds shall have their reward with their Lord, on them shall be no fear, nor
shall they grieve. (63) And (O Children of Israel, remember) when We took
your covenant and We raised above you the Mount (saying), " Hold fast to
that which We have given you, and remember that which is therein so that you
may become Al-Muttaqun. (64) Then after that you turned away. Had it not
been for the Grace and Mercy of Allah upon you, indeed you would have been
among the losers.

(65) And indeed you knew those amongst you who transgressed in the matter of
the Sabbath (i.e. Saturday). We said to them, " Be you monkeys, despised and
rejected." (66) So We made this punishment an example to their own and to
succeeding generations and a lesson to those who are Al-Muttaqun. (67) And
(remember) when Musa (Moses) said to his people, " Verily, Allah commands
you that you slaughter a cow." They said, " Do you make fun of us ?" He
said, " I take Allah's Refuge from being among Al-Jahilun (the ignorants or
the foolish)."

(68) They said, " Call upon your Lord for us that He may make plain to us
what it is !" He said, " He says, " Verily, it is a cow neither too old nor
too young, but (it is) between the two conditions', so do what you are
commanded." (69) They said, " Call upon your Lord for us to make plain to us
its colour." He said, " He says, " It is a yellow cow, bright in its colour,
pleasing to the beholders." (70) They said, " Call upon your Lord for us to
make plain to us what it is. Verily to us all cows are alike, And surely, if
Allah wills, we will be guided." (71) He [Musa (Moses)] said, " He says,
" It is a cow neither trained to till the soil nor water the fields, sound,
having no other colour except bright yellow." They said, " Now you have
brought the truth." So they slaughtered it though they were near to not
doing it.


*  They Grow In Hard Heartedness.

(72) And (remember) when you killed a man and fell into dispute among
yourselves as to the crime. But Allah brought forth that which you were
hiding. (73) So We said, " Strike him (the dead man) with a piece of it (the
cow)." Thus Allah brings the dead to life and shows you His Ayat (proofs,
evidences, verses, lessons, signs, revelations, etc.) so that you may
understand. (74) Then, after that, your hearts were hardened and became as
stones or even worse in hardness. And indeed, there are stones out of which
rivers gush forth, and indeed, there are of them (stones) which split
asunder so that water flows from them, and indeed, there are of them
(stones) which fall down for fear of Allah. And Allah is not unaware of what
you do.

(75) Do you (faithful believers) covet that they will believe in your
religion inspite of the fact that a party of them (Jewish rabbis) used to
hear the Word of Allah [the Taurat (Torah)], then they used to change it
knowingly after they understood it ? (76) And when they (Jews) meet those
who believe (Muslims), they say, " We believe.", but when they meet one
another in private, they say, " Shall you (Jews) tell them (Muslims) what
Allah has revealed to you [Jews, about the description and the qualities of
Prophet Muhammad, Peace be upon him, that which are written in the Taurat
(Torah)], that they (Muslims) may argue with you (Jews) about it before your
Lord ?" Have you (Jews) then no understanding ?"

(77) Know they (Jews) not that Allah knows what they conceal and what they
reveal ? (78) And there are among them (Jews) unlettered people, who know
not the Book, but they trust upon false desires and they but guess.
(79) Then woe to those who write the Book with their own hands and then say,
" This is from Allah," to purchase with it a little price ! Woe to them for
what their hands have written and woe to them for that they earn thereby.

(80) And they (Jews) say, " The Fire (i.e. Hell-fire on the Day of
Resurrection) shall not touch us but for a few numbered days." Say
(O Muhammad, Peace be upon him to them), " Have you taken a covenant from
Allah, so that Allah will not break His Covenant ? Or is it that you say of
Allah what you know not ?" (81) Yes ! Whosoever earns evil and his sin has
surrounded him, they are dwellers of the Fire (i.e. Hell), they will dwell
therein forever. (82) And those who believe (in the Oneness of Allah,
Islamic Monotheism) and do righteous good deeds, they are dwellers of
Paradise, they will dwell therein forever.


*  Their Covenant And Its Violation.

(83) And (remember) when We took a covenant from the Children of Israel,
(saying), Worship none but Allah (Alone) and be dutiful and good to parents,
and to kindred, and to orphans and Al-Masakin (the poor), and speak good to
people [i.e. enjoin righteousness and forbid evil, and say the truth about
Muhammad, Peace be upon him], and perform As-Salat (Iqamat-as-Salat), and
give Zakat. Then you slid back, except a few of you, while you are
backsliders. (84) And (remember) when We took your covenant (saying), Shed
not the blood of your people, nor turn out your own people from their
dwellings. Then, (this) you ratified and (to this) you bear witness.

(85) After this, it is you who kill one another and drive out a party of you
from their homes, assist (their enemies) against them, in sin and
transgression. And if they come to you as captives, you ransom them,
although their expulsion was forbidden to you. Then do you believe in a part
of the Scripture and reject the rest ? Then what is the recompense of those
who do so among you, except disgrace in the life of this world, and on the
Day of Resurrection they shall be consigned to the most grievous torment.
And Allah is not unaware of what you do. (86) Those are they who have bought
the life of this world at the price of the Hereafter. Their torment shall
not be lightened nor shall they be helped.


*  They Reject The Prophet.

(87) And indeed, We gave Musa (Moses) the Book and followed him up with a
succession of Messengers. And We gave 'Iesa (Jesus), the son of Maryam
(Mary), clear signs and supported him with Ruh-ul-Qudus [Jibrael (Gabriel)].
Is it that whenever there came to you a Messenger with what you yourselves
desired not, you grew arrogant ? Some, you disbelieved and some, you killed.

(88) And they say, " Our hearts are wrapped (i.e. do not hear or understand
Allah's Word)." Nay, Allah has cursed them for their disbelief, so little is
that which they believe. (89) And when there came to them (the Jews), a
Book (this Qur'an) from Allah confirming what is with them [the Taurat
(Torah) and the Injeel (Gospel)], although aforetime they had invoked Allah
(for coming of Muhammad, Peace be upon him) in order to gain victory over
those who disbelieved, then when there came to them that which they had
recognised, they disbelieved in it. So let the Curse of Allah be on the
disbelievers. (90) How bad is that for which they have sold their ownselves,
that they should disbelieve in that which Allah has revealed (the Qur'an),
grudging that Allah should reveal of His Grace unto whom He will of His
slaves. So they have drawn on themselves wrath upon wrath. And for the
disbelievers, there is disgracing torment.

(91) And when it is said to them (the Jews), " Believe in what Allah has
sent down," they say, " We believe in what was sent down to us." And they
disbelieve in that which came after it, while it is the truth confirming
what is with them. Say (O Muhammad, Peace be upon him to them), " Why then
have you killed the Prophets of Allah aforetime, if you indeed have been
believers ?" (92) And indeed Musa (Moses) came to you with clear proofs, yet
you worshipped the calf after he left, and you were Zalimun (polytheists and
wrong-doers). (93) And (remember) when We took your covenant and We raised
above you the Mount (saying), " Hold firmly to what We have given you and
hear (Our Word). They said, " We have heard and disobeyed." And their hearts
absorbed (the worship of) the calf because of their disbelief. Say, " Worst
indeed is that which your faith enjoins on you if you are believers."

(94) Say to (them), " If the home of the Hereafter with Allah is indeed for
you specially and not for others, of mankind, then long for death if you are
truthful." (95) But they will never long for it because of what their hands
have sent before them (i.e. what they have done). And Allah is All-Aware of
the Zalimun (polytheists and wrong-doers). (96) And verily, you will find
them (the Jews) the greediest of mankind for life and (even greedier) than
those who, ascribe partners to Allah (and do not believe in Resurrection,
Magians, pagans, and idolaters, etc.). Everyone of them wishes that he could
be given a life of a thousand years. But the grant of such life will not
save him even a little from (due) punishment. And Allah is All-Seer of what
they do.



Catatan Penting, " Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan
mengamalkan maksudnya." (Al Anbiya, ayat 3) " Maka adakah mereka sengaja
tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran ? Atau telah ada
di atas hati mereka kunci penutup ?" (Muhammad, ayat 24)

" Wahai pembaca yangg patut dikasihani dan tidak berdaya ! Apa yang engkau
dapat dari membaca Al-Quran hanyalah berupa gerakan lidah. Seandainya engkau
merenungkan apa yang engkau baca, maka hatimu akan hancur oleh apa yang
membuat rambut Rasullullah SAW beruban. Tetapi kalau engkau sudah merasa
cukup puas, hanya sekadar menggerakkan lidah, engkau tidak memperolehi buah
Al-Quran " (Imam Al Ghazali, Ihya ulumuddin)

Friday 16 April 2021

Kajian Tafser Al Quran, 002. Surah Al-Baqarah (The Cow). 1-25

Kajian Tafser Al Quran, 002. Surah Al-Baqarah (The Cow). 1-25.


2. Al-Baqarah. (Sapi Betina)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


* Golongan Mukmin.

(1) Alif, Laam, Miim. (2) Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya
(tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi
petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa, (3) Iaitu orang-orang yang
beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan)
sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami
berikan kepada mereka. (4) Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab
“Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang
diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat
(dengan sepenuhnya). (5) Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari
Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.


* Golongan Kafir.

(6) Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja
kepada mereka, sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri
amaran, mereka tidak akan beriman. (7) (Dengan sebab keingkaran mereka),
Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada
penglihatan mereka ada penutupnya, dan bagi mereka pula disediakan azab seksa
yang amat besar.


* Golongan Munafik.

(8) Dan di antara manusia ada yang berkata, “ Kami telah beriman kepada Allah
dan kepada hari akhirat.”, padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
(9) Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal
mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
(10) Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak
dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka, dan
mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab
mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). (11) Dan apabila dikatakan
kepada mereka, “ Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi.”,
Mereka menjawab, ” Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat
kebaikan.” (12) Ketahuilah ! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang
yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak
menyedarinya.

(13) Dan apabila dikatakan kepada mereka, “ Berimanlah kamu sebagaimana
orang-orang itu telah beriman”. Mereka menjawab, “ Patutkah kami ini beriman
sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu ?” Ketahuilah ! Sesungguhnya
merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat
yang sebenarnya). (14) Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang
beriman, mereka berkata, ” Kami telah beriman.", dan manakala mereka kembali
kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula, ” Sesungguhnya kami tetap
bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang
beriman).”. (15) Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka
meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).  (16) Mereka
itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk, maka
tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk
hidayah.

(17) Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti
orang yang menyalakan api, apabila api itu menerangi sekelilingnya,
(tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya
mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun). (18) Mereka
(seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta, dengan keadaan itu mereka
tidak dapat kembali (kepada kebenaran). (19) Atau (bandingannya) seperti
(orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan
gelap-gelita, dan guruh serta kilat, mereka menyumbat jarinya ke dalam
telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati.
(Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah
meliputi orang-orang yang kafir itu. (20) Kilat itu pula hampir-hampir
menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka, tiap-tiap kali kilat itu
menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan
apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan
bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya
pendengaran dan penglihatan mereka, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu.


* Perintah Menyembah Tuhan Yang Maha Esa.

(21) Wahai sekalian manusia ! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah
menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu
(menjadi orang-orang yang) bertaqwa. (22) Dia lah yang menjadikan bumi ini
untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai
bangunan (yang dibina dengan kukuhnya), dan diturunkanNya air hujan dari
langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang
menjadi rezeki bagi kamu, maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah,
sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan
Yang Maha Esa).


* Tentangan Kepada Kaum Musyrikin Mengenai Al Quran.

(23) Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan
(Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan
datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggillah
orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika
betul kamu orang-orang yang benar. (24) Maka kalau kamu tidak dapat
membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah
diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya, manusia dan batu-batu
(berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.


* Balasan Terhadap Orang-Orang Yang Beriman.

(25) Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal
soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa
sungai, tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis
buah-buahan syurga itu, Mereka berkata, “ Inilah yang telah diberikan kepada
kami dahulu.”, dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi
berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu
pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka
pula kekal di dalamnya selama-lamanya.


* Perumpamaan-Perumpamaan Dalam Al Quran Dan Hikmah-Hikmahnya.

(26) Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti)
nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada
hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui
bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir
pula maka mereka akan berkata, “ Apakah maksud Allah membuat perbandingan
dengan ini ?” (Jawabnya), Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan
sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk
dengan sebabnya, dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab
perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik, (27) (Iaitu) orang-orang
yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan
memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula
membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang
rugi.


* Bukti-Bukti Kekuasaan Tuhan.

(28) Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya
mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu, setelah itu Ia mematikan
kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat), akhirnya kamu
dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).
(29) Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi,
kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu
dijadikannya tujuh langit dengan sempurna, dan Ia Maha Mengetahui akan
tiap-tiap sesuatu.


* Penciptaan Manusia Dan Penguasaannya Di Bumi.

(30) Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat, “ Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang
hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata), “ Adakah Engkau (Ya Tuhan kami)
hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan
darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan
mensucikanMu ?”. Tuhan berfirman, “ Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang
kamu tidak mengetahuinya”. (31) Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan
segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat
lalu Ia berfirman, “ Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika
kamu golongan yang benar”. (32) Malaikat itu menjawab, “ Maha suci Engkau
(Ya Allah) ! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau
ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi
Maha Bijaksana”. (33) Allah berfirman, “ Wahai Adam ! Terangkanlah nama
benda-benda ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama
benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman, “ Bukankah Aku telah katakan
kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan
Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan ?”.

(34) Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat, “ Tunduklah (beri
hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat
melainkan Iblis, ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang
kafir. (35) Dan kami berfirman, “ Wahai Adam ! Tinggallah engkau dan isterimu
dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu
berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu
menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang
zalim.”. (36) Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari
syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah
berada di dalamnya dan Kami berfirman, “ Turunlah kamu ! Sebahagian dari kamu
menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan
tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa
(mati)”.

(37) Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata
pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya,
sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha
Mengasihani. (38) Kami berfirman lagi, “ Turunlah kamu semuanya dari syurga
itu ! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul
dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti
petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik)
terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.”. (39) Dan
orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu
ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.


* Beberapa Perintah Dan Larangan Tuhan Kepada Bani Israil.

(40) Wahai Bani Israil ! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah
Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya
Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu, dan kepada Akulah sahaja hendaklah  
kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain). (41) Dan
berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan
benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang
yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia, dan janganlah pula kamu menjadikan
ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit
faedahnya, dan kepada Aku lah sahaja hendaklah kamu bertaqwa. (42) Dan
janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu
sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

(43) Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah
kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (44) Patutkah
kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu
sendiri, padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal ?
(45) Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali
kepada orang-orang yang khusyuk, (46) (Iaitu) mereka yang percaya dengan
yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali
kepadaNya.

(47) Wahai Bani Israil ! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang Aku telah
kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan
(nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang (yang ada pada
zamannya). (48) Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari
(akhirat), yang padanya seseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang
berdosa) sedikitpun (dari balasan azab), dan tidak diterima syafaat
daripadanya, dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan, dan mereka
(yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan.



Surah Al-Baqarah (The Cow).

In the Name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful.


* Fundamental Principles Of Islam.

(1) Alif-Lam-Mim. [These letters are one of the miracles of the Qur'an and
none but Allah (Alone) knows their meanings]. (2) This is the Book (the
Qur'an), whereof there is no doubt, a guidance to those who are Al-Muttaqun
[the pious and righteous persons who fear Allah much (abstain from all kinds
of sins and evil deeds which He has forbidden) and love Allah much (perform
all kinds of good deeds which He has ordained)]. (3) Who believe in the Ghaib
and perform As-Salat (Iqamat-as-Salat), and spend out of what we have
provided for them [i.e. give Zakat, spend on themselves, their parents, their
children, their wives, etc., and also give charity to the poor and also in
Allah's Cause, Jihad, etc.]. (4) And who believe in (the Qur'an and the
Sunnah) which has been sent down (revealed) to you (Muhammad, Peace be upon
him) and in [the Taurat (Torah) and the Injeel (Gospel), etc.] which were
sent down before you and they believe with certainty in the Hereafter.
(Resurrection, recompense of their good and bad deeds, Paradise and Hell,
etc.). (5) They are on (true) guidance from their Lord, and they are the
successful.

(6) Verily, those who disbelieve, it is the same to them whether you
(O Muhammad, Peace be upon him) warn them or do not warn them, they will not
believe. (7) Allah has set a seal on their hearts and on their hearings,
(i.e. they are closed from accepting Allah's Guidance), and on their eyes
there is a covering. Theirs will be a great torment.


* Lip Profession.

(8) And of mankind, there are some (hypocrites) who say, " We believe in
Allah and the Last Day.", while in fact they believe not. (9) They (think
to) deceive Allah and those who believe, while they only deceive themselves,
and perceive (it) not ! (10) In their hearts is a disease (of doubt and
hypocrisy) and Allah has increased their disease. A painful torment is theirs
because they used to tell lies. (11) And when it is said to them, " Make not
mischief on the earth.". They say, " We are only peacemakers." (12.) Verily !
They are the ones who make mischief, but they perceive not.

(13) And when it is said to them (hypocrites), " Believe as the people
(followers of Muhammad, Peace be upon him, Al-Ansar and Al-Muhajirun) have
believed.". They say, " Shall we believe as the fools have believed ?"
Verily, they are the fools, but they know not. (14) And when they meet those
who believe, they say, " We believe.", but when they are alone with their
Shayatin (devils, polytheists, hypocrites, etc.), They say, " Truly, we are
with you. verily, we were but mocking." (15) Allah mocks at them and gives
them increase in their wrong-doings to wander blindly. (16) These are they
who have purchased error for guidance, so their commerce was profitless. And
they were not guided.

(17) Their likeness is as the likeness of one who kindled a fire, then, when
it lighted all around him, Allah took away their light and left them in  
darkness. (So) they could not see. (18) They are deaf, dumb, and blind, so
they return not (to the Right Path). (19) Or like a rainstorm from the sky,  
wherein is darkness, thunder, and lightning. They thrust their fingers in
their ears to keep out the stunning thunderclap for fear of death. But Allah
ever encompasses the disbelievers (i.e. Allah will gather them all together).
(20) The lightning almost snatches away their sight, whenever it flashes for
them, they walk therein, and when darkness covers them, they stand still. And
if Allah willed, He could have taken away their hearing and their sight.
Certainly, Allah has power over all things.


* Divine Unity.

(21) O mankind ! Worship your Lord (Allah), Who created you and those who
were before you so that you may become Al-Muttaqun (the pious). (22) Who has
made the earth a resting place for you, and the sky as a canopy, and sent
down water (rain) from the sky and brought forth therewith fruits as a
provision for you. Then do not set up rivals unto Allah (in worship) while
you know (that He Alone has the right to be worshipped).

(23) And if you (Arab pagans, Jews, and Christians) are in doubt concerning  
that which We have sent down (i.e. the Qur'an) to Our slave (Muhammad, Peace
be upon him ), then produce a Surah (chapter) of the like thereof and call
your witnesses (supporters and helpers) besides Allah, if you are truthful.
(24) But if you do it not, and you can never do it, then fear the Fire (Hell)
whose fuel is men and stones, prepared for the disbelievers.

(25) And give glad tidings to those who believe and do righteous good deeds,
that for them will be Gardens under which rivers flow (Paradise). Every time
they will be provided with a fruit therefrom, they will say, " This is what
we were provided with before.", and they will be given things in resemblance
(i.e. in the same form but different in taste) and they shall have therein
Azwajun Mutahharatun (purified mates or wives), (having no menses, stools,
urine, etc.) and they will abide therein forever.

(26) Verily, Allah is not ashamed to set forth a parable even of a mosquito
or so much more when it is bigger (or less when it is smaller) than it. And
as for those who believe, they know that it is the Truth from their Lord,
but as for those who disbelieve, they say, " What did Allah intend by this
parable ?" By it He misleads many, and many He guides thereby. And He
misleads thereby only those who are Al-Fasiqun (the rebellious, disobedient
to Allah). (27) Those who break Allah's Covenant after ratifying it, and
sever what Allah has ordered to be joined (as regards Allah's Religion of
Islamic Monotheism, and to practise its legal laws on the earth and also as
regards keeping good relations with kith and kin), and do mischief on earth,
it is they who are the losers.

(28) How can you disbelieve in Allah ? Seeing that you were dead and He gave
you life. Then He will give you death, then again will bring you to life (on
the Day of Resurrection) and then unto Him you will return. (29) He it is Who
created for you all that is on earth. Then He Istawa (rose over) towards the
heaven and made them seven heavens and He is the All-Knower of everything.


* Greatness O Man And Need Of Revelation.

(30) And (remember) when your Lord said to the angels, " Verily, I am going
to place (mankind) generations after generations on earth." They said, " Will
You place therein those who will make mischief therein and shed blood, while
we glorify You with praises and thanks (Exalted be You above all that they
associate with You as partners) and sanctify You." He (Allah) said, " I know
that which you do not know." (31) And He taught Adam all the names (of
everything), then He showed them to the angels and said, " Tell Me the names
of these if you are truthful." (32) They (angels) said, " Glory be to You, we
have no knowledge except what you have taught us. Verily, it is You, the
All-Knower, the All-Wise."

(33) He said, " O Adam ! Inform them of their names," and when he had
informed them of their names, He said, " Did I not tell you that I know the
Ghaib (unseen) in the heavens and the earth, and I know what you reveal and
what you have been concealing ?" (34) And (remember) when We said to the
angels, " Prostrate yourselves before Adam.". And they prostrated except
Iblis (Satan), he refused and was proud and was one of the disbelievers
(disobedient to Allah). (35) And We said, " O Adam ! Dwell you and your wife
in the Paradise and eat both of you freely with pleasure and delight of
things therein as wherever you will, but come not near this tree or you both
will be of the Zalimun (wrong-doers)."

(36) Then the Shaitan (Satan) made them slip therefrom (the Paradise), and
got them out from that in which they were. We said, " Get you down, all, with
enmity between yourselves. On earth will be a dwelling place for you and an
enjoyment for a time." (37) Then Adam received from his Lord Words. And his
Lord pardoned him (accepted his repentance). Verily, He is the One Who
forgives (accepts repentance), the Most Merciful. (38) We said, " Get down
all of you from this place (the Paradise), then whenever there comes to you
Guidance from Me, and whoever follows My Guidance, there shall be no fear on
them, nor shall they grieve. (39) But those who disbelieve and belie Our Ayat
(proofs, evidences, verses, lessons, signs, revelations, etc.) such are the
dwellers of the Fire, they shall abide therein forever.


* Israelite Prophecies Fulfilled.

(40) O Children of Israel ! Remember My Favour which I bestowed upon you, and
fulfill (your obligations to) My Covenant (with you) so that I fulfill (My
Obligations to) your covenant (with Me), and fear none but Me. (41) And
believe in what I have sent down (this Qur'an), confirming that which is with
you, [the Taurat (Torah) and the Injeel (Gospel)], and be not the first to
disbelieve therein, and buy not with My Verses [the Taurat (Torah) and the
Injeel (Gospel)] a small price (i.e. getting a small gain by selling My
Verses), and fear Me and Me Alone.

(42) And mix not truth with falsehood, nor conceal the truth [i.e. Muhammad,
Peace be upon him, is Allah's Messenger and his qualities are written in your
Scriptures, the Taurat (Torah) and the Injeel (Gospel)] while you know (the
truth). (43) And perform As-Salat (Iqamat-as-Salat), and give Zakat, and
Irka' (i.e. bow down or submit yourselves with obedience to Allah) along with
Ar-Raki'un. (44) Enjoin you Al-Birr (piety and righteousness and each and
every act of obedience to Allah) on the people and you forget (to practise
it) yourselves, while you recite the Scripture [the Taurat (Torah)] ! Have
you then no sense ?

(45) And seek help in patience and As-Salat (the prayer) and truly it is
extremely heavy and hard except for Al-Khashi'un [i.e. the true believers in
Allah, those who obey Allah with full submission, fear much from His
Punishment, and believe in His Promise (Paradise, etc.) and in His Warnings
(Hell, etc.)]. (46) (They are those) who are certain that they are going to
meet their Lord, and that unto Him they are going to return. (47) O Children
of Israel ! Remember My Favour which I bestowed upon you and that I preferred
you to the 'Alamin (mankind and jinns) (of your time period, in the past).
(48) And fear a Day (of Judgement) when a person shall not avail another, nor
will intercession be accepted from him nor will compensation be taken from
him nor will they be helped.



Catatan Penting, " Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan
mengamalkan maksudnya." (Al Anbiya, ayat 3) " Maka adakah mereka sengaja
tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran ? Atau telah ada
di atas hati mereka kunci penutup ?" (Muhammad, ayat 24)

" Wahai pembaca yangg patut dikasihani dan tidak berdaya ! Apa yang engkau
dapat dari membaca Al-Quran hanyalah berupa gerakan lidah. Seandainya engkau
merenungkan apa yang engkau baca, maka hatimu akan hancur oleh apa yang
membuat rambut Rasullullah SAW beruban. Tetapi kalau engkau sudah merasa
cukup puas, hanya sekadar menggerakkan lidah, engkau tidak memperolehi buah
Al-Quran " (Imam Al Ghazali, Ihya ulumuddin)

Kajian Tafser Al Quran, 001. Surah Al-Fatihah (The Opening).

Kajian Tafser Al Quran, 001. Surah Al-Fatihah (The Opening).
 

1. Al Fatihah. (Pembukaan)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(1) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala

puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian
alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai
pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah)
Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
(6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau
telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau
telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

1. Surah Al-Fatihah. (The Opening)

In the Name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful.

(1) In the Name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful. (2) All
the praises and thanks be to Allah, the Lord of the 'Alamin (mankind, jinns
and all that exists). (3) The Most Beneficent, the Most Merciful. (4) The
Only Owner (and the Only Ruling Judge) of the Day of Recompense (i.e. the
Day of Resurrection) (5) You (Alone) we worship, and You (Alone) we ask for
help (for each and everything). (6) Guide us to the Straight Way, (7) The
Way of those on whom You have bestowed Your Grace, not (the way) of  those
who earned Your Anger (such as the Jews), nor of those who went astray (such
as the Christians).

Catatan Penting, " Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan
mengamalkan maksudnya." (Al Anbiya, ayat 3) " Maka adakah mereka sengaja
tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran ? Atau telah ada
di atas hati mereka kunci penutup ?" (Muhammad, ayat 24)

" Wahai pembaca yangg patut dikasihani dan tidak berdaya ! Apa yang engkau  
dapat dari membaca Al-Quran hanyalah berupa gerakan lidah. Seandainya engkau
merenungkan apa yang engkau baca, maka hatimu akan hancur oleh apa yang
membuat rambut Rasullullah SAW beruban. Tetapi kalau engkau sudah merasa
cukup puas, hanya sekadar menggerakkan lidah, engkau tidak memperolehi buah
Al-Quran " (Imam Al Ghazali, Ihya ulumuddin)