Saturday 24 April 2021

Kajian Tafser Al Quran, 002. Surah Al-Baqarah (The Cow). 49-96.

Kajian Tafser Al Quran, 002. Surah Al-Baqarah (The Cow). 49-96.  

 

2. Al-Baqarah. (Sapi Betina)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.


* Perincian Nikmat Tuhan Kepada Bani Israil.

(49) Dan (kenangkanlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan
orang-orangnya, yang sentiasa menyeksa kamu dengan seksa yang
seburuk-buruknya, mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan membiarkan
hidup anak-anak perempuan kamu, sedang kejadian yang demikian itu mengandungi
bala bencana dan cubaan yang besar dari Tuhan kamu. (50) Dan (kenangkanlah)
ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri
dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun
bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya. (51) Dan
(kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat
kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia
pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang
yang zalim (terhadap diri sendiri). (52) Kemudian sesudah itu kami maafkan
kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur.

(53) Dan (kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa, kitab (Taurat)
dan keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, yang membezakan
antara yang benar dengan yang salah), supaya kamu mendapat petunjuk.
(54) Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya, ” Wahai
kaumku ! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab
kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah
yang menjadikan kamu, iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik
bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat
kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi
Maha Mengasihani.”. (55) Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata, “ Wahai
Musa ! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah
dengan terang (dengan mata kepala kami)”. Maka kerana itu kamu disambar
petir, sedang kamu semua melihatnya.

(56) Kemudian kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari
sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur. (57] Dan Kami telah menaungi kamu
dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada
kamu “Mann” dan “Salwa”, (serta Kami berfirman), “ Makanlah dari
makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu.”. Dan
tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi
sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri. (58) Dan (kenangkanlah)
ketika Kami berfirman, “ Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari
benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu
sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri), dan
(mintalah ampun dengan) berkata, " Ya Allah, ampunilah dosa kami.", supaya
kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala
orang-orang yang berbuat baik.”.

(59) Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan
(perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya,
maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari
langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka). (60) Dan
(ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka
Kami berfirman, “ Pukullah batu itu dengan tongkatmu.”, (ia pun memukulnya),
lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air, sesungguhnya tiap-tiap
satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing.
(Dan Kami berfirman), “ Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu,
serta janganlah kamu bertebaran di muka bumi ini dengan melakukan
kerosakan.”


* Pembalasan Terhadap Sikap Dan Perbuatan Bani Israil.

(61) Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata, “ Wahai Musa, kami tidak sabar
(sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja, maka pohonkanlah kepada
Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang
tumbuh di bumi, dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya,
dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya.” Nabi Musa menjawab,
“ Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang
lebih baik ? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa
yang kamu minta itu.” Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan
sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu
ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah
(perintah-perintah dan mukjizat-mukjizat yang membuktikan kebesaranNya), dan
mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang
demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan mereka pula sentiasa
menceroboh.


* Pahala Orang Yang Beriman.


(62) Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan
orang-orang Nasora (Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara
mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta
beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan
tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada
mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.


*  Pembalasan Terhadap Bani Israil Yang Melanggar Perjanjian Dengan Tuhan.

(63) Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil perjanjian setia kamu semasa Kami
angkatkan Gunung Tursina di atas kamu (sambil Kami berfirman), “ Terimalah
Taurat yang telah Kami berikan kepada kamu (serta amalkanlah) dengan
bersungguh-sungguh, dan ingatlah (jangan lupakan) apa yang tersebut
di dalamnya, supaya kamu bertaqwa. (64) Kemudian sesudah itu kamu
membelakangkan perjanjian setia kamu itu (tidak menyempurnakannya), maka
kalau tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu
(dengan membuka pintu taubat), nescaya menjadilah kamu dari golongan
orang-orang yang rugi. (65) Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui
(bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar
(larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka, “ Jadilah kamu
kera yang hina”. (66) Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu
hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang
datang kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak)
bertaqwa.


*  Kisah Penyembelihan Sapi Betina.

(67) Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya, “ Sesungguhnya
Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina.”. Mereka berkata,
“ Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan ?” Nabi Musa menjawab,
“ Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan
yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut).”. (68) Mereka berkata
pula, “ Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada
kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu ?” Nabi Musa menjawab, “ Bahawasanya
Allah berfirman, Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak
terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu, maka
kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya”. (69) Mereka
berkata lagi, “ Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya
kepada kami apa warnanya ?” Nabi Musa menjawab, “ Bahawasanya Allah
berfirman, Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu kuning, kuning tua
warnanya, lagi menyukakan orang-orang yang melihatnya.”.

(70) Mereka berkata lagi, “ Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya
diterangkanNya kepada kami lembu betina yang mana satu ? Kerana sesungguhnya
lembu yang dikehendaki itu kesamaran kepada kami (susah kami memilihnya), dan
kami insya Allah akan mendapat petunjuk (untuk mencari dan menyembelih lembu
itu).”. (71) Nabi Musa menjawab, “ Bahawasanya Allah berfirman, Sebenarnya
(lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan
untuk membajak tanah (sawah bendang), dan tidak pula (digunakan mengangkut
air) untuk menyiram tanaman, ia juga tidak cacat dan tidak ada belang pada
warnanya.”. Mereka berkata, “ Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan
sifat-sifatnya yang sebenar.”. Maka mereka pun menyembelih lembu yang
tersebut, dan hampir-hampir mereka tidak dapat menunaikan (perintah Allah)
itu.

(72) Dan (ingatlah), ketika kamu membunuh seorang manusia, kemudian kamu
tuduh-menuduh sesama sendiri tentang pembunuhan itu, padahal Allah tetap
melahirkan apa yang kamu sembunyikan. (73) Maka Kami (Allah) berfirman,
“ Pukullah si mati dengan sebahagian anggota lembu yang kamu sembelih itu.”
(Mereka pun memukulnya dan ia kembali hidup). Demikianlah Allah menghidupkan
orang-orang yang telah mati, dan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda
kekuasaanNya, supaya kamu memahaminya. (740 Kemudian sesudah itu, hati kamu
juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara
batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya, dan ada
pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya,
dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah,
sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.


*  Keimanan Orang Yahudi Sukar Diharapkan Di Masa Rasulullah SAW.

(75) (Sesudah kamu, wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu mengetahui tentang
kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan
bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu,
padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam
Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah
mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah) ?
(76) Dan apabila mereka (orang-orang Yahudi pada zaman Rasulullah) bertemu
dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata, “ Kami telah beriman.”, dan
apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berkata, “ Patutkah kamu
ceritakan kepada mereka (orang-orang Islam) dengan apa yang telah diterangkan
oleh Allah kepada kamu (di dalam Kitab Taurat mengenai kebenaran Nabi
Muhammad) untuk menjadikannya hujah (bukti) yang dapat mengalahkah kamu
di sisi Tuhan kamu ? Tidakkah kamu berakal ?”

(77) (Mereka berani berkata demikian) dan tidakkah mereka ketahui bahawasanya
Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan ?
(78) Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak
mengetahui akan isi Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong
(dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada
sangkaan-sangkaan sahaja. (79) Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis
Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan
rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata, “ Ini ialah dari sisi
Allah.”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia
yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis
oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka
usahakan itu.

(80) Dan mereka berkata, “ Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api
neraka kecuali beberapa hari yang tertentu.”. Katakanlah (wahai Muhammad),
“ Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak
akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu
yang tidak kamu mengetahuinya ?” (81) (Apa yang kamu katakan itu tidaklah
benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi
(ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka
kekal di dalamnya.


*  Bani Israil Mengingkari Janjinya Dengan Allah.

(82) Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga,
mereka kekal di dalamnya. (83) Dan (ingatlah wahai Muhammad), ketika Kami
mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman), “ Janganlah
kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa,
dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin, dan
katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik, dan
dirikanlah sembahyang serta berilah zakat.”. Kemudian kamu berpaling
membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari
kamu, dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian
setianya. (84) Dan (ingatlah), ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan
kamu, “ (Bahawa) janganlah kamu menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) sesama
sendiri, dan janganlah kamu usir-mengusir sesama sendiri dari kampung
masing-masing.”. Kemudian kamu telah berikrar mematuhi perjanjian setia itu,
dan kamu sendiri pula menjadi saksi (yang mengakui kebenarannya).

(85) Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama
sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya, kamu
pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan
melakukan dosa dan penganiayaan, padahal kalau mereka datang kepada kamu
sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka, sedang perbuatan mengusir mereka
diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya
kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian
yang lain ? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari
antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat
akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah),
Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. (86) Mereka itulah
orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya)
dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam
kehidupan) akhirat, maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari
kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan.


*  Sikap Orang Yahudi Terhadap Para Rasul Dan Kitab-Kitab Yang Diturunkan
Allah.

(87) Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat,
dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul, dan Kami
berikan kepada Nabi Isa Ibni Maryam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan
kebenarannya dengan Ruhul-Qudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali
datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak
disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya),
sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan, dan sebahagian yang
lain pula kamu membunuhnya ? (88) Dan mereka (kaum Yahudi) berkata pula,
“ Hati kami tertutup (tidak dapat menerima Islam).”. (Sebenarnya hati mereka
tidak tertutup) bahkan Allah telah melaknatkan mereka disebabkan kekufuran
mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka yang beriman.

(89) Dan ketika datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (Al Quran),
yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka
sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir
musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang
kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad
dan Al Quran), mereka mengingkarinya, maka (dengan yang demikian), laknat
Allah menimpa orang-orang yang kafir ingkar itu. (90) Sejahat-jahat perkara
(yang mereka lakukan) ialah perbuatan mereka membeli kesenangan dirinya
sendiri dengan mengingkari Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah, kerana
dengki bahawa Allah menurunkan dari limpah kurniaNya (wahyu) kepada sesiapa
yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (iaitu Nabi Muhammad s.a.w).
Dengan sebab itu sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan Allah
bertalu-talu, dan orang-orang yang kafir itu akan beroleh azab sengsara yang
menghinakan.

(91) Dan apabila dikatakan kepada mereka, “ Berimanlah kamu kepada apa yang
telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad).”, mereka menjawab,
“ Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat).”.
Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya,
padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada
mereka. Katakanlah (wahai Muhammad), “ Jika demikian mengapa kamu membunuh
Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang
yang beriman ?”


*  Penyembahan Yang Dilakukan Bangsa Yahudi Terhadap Anak Sapi Merupakan
Tanda Bagi Kecenderungan Mereka Kepada Benda.

(92) Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa
keterangan-keterangan (mukjizat) kemudian kamu menyembah (patung) anak lembu
sepeninggalannya, dan kamu (dengan perbuatan itu) adalah orang-orang yang
zalim. (93) Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu
semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil kami
berfirman), “ Ambillah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) yang Kami
berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (apa yang
diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya).”. Mereka menjawab, “ Kami
dengar, dan kami menderhaka.”. Sedang kegemaran menyembah (patung) anak
lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, dengan sebab
kekufuran mereka. Katakanlah (wahai Muhammad), ” Amatlah jahatnya apa yang
disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman.”.

(94) Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi), “ Kalau syurga negeri
akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah,
tidak boleh dicampuri oleh orang-orang lain (seperti yang kamu dakwakan
itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika
betul kamu orang-orang yang benar.”. (95) Dan sudah tentu mereka tidak akan
mencita-citakan mati itu selama-lamanya, dengan sebab dosa-dosa yang telah
mereka lakukan, dan Allah sentiasa mengetahui akan orang-orang yang zalim
itu. (96) Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu
setamak-tamak manusia kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya
mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir musyrik. Tiap-tiap
seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur
panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang
disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang
mereka lakukan.



Surah Al-Baqarah (The Cow).

In the Name of Allah, The Most Gracious, Most Merciful.


* Divine Favours On Israel.

(49) And (remember) when We delivered you from Fir'aun's (Pharaoh) people,
who were afflicting you with a horrible torment, killing your sons and
sparing your women, and therein was a mighty trial from your Lord. (50) And
(remember) when We separated the sea for you and saved you and drowned
Fir'aun's (Pharaoh) people while you were looking (at them, when the
sea-water covered them). (51) And (remember) when We appointed for Musa
(Moses) forty nights, and (in his absence) you took the calf (for worship),
and you were Zalimun (polytheists and wrong-doers, etc.). (52) Then after
that We forgave you so that you might be grateful.

(53) And (remember) when We gave Musa (Moses) the Scripture [the Taurat
(Torah)] and the criterion (of right and wrong) so that you may be guided
aright. (54) And (remember) when Musa (Moses) said to his people, " O my
people ! Verily, you have wronged yourselves by worshipping the calf. So
turn in repentance to your Creator and kill yourselves (the innocent kill
the wrongdoers among you), that will be better for you with your Lord." Then
He accepted your repentance. Truly, He is the One Who accepts repentance,
the Most Merciful.

(55) And (remember) when you said, " O Musa (Moses) ! We shall never believe
in you till we see Allah plainly." But you were seized with a thunderbolt
(lightning) while you were looking. (56) Then We raised you up after your
death, so that you might be grateful. (57) And We shaded you with clouds and
sent down on you Al-Manna and the quails, (saying), " Eat of the good lawful
things We have provided for you," (but they rebelled). And they did not
wrong Us but they wronged themselves.

(58) And (remember) when We said, " Enter this town (Jerusalem) and eat
bountifully therein with pleasure and delight wherever you wish, and enter
the gate in prostration (or bowing with humility) and say, " Forgive us,"
and We shall forgive you your sins and shall increase (reward) for the
good-doers." (59) But those who did wrong changed the word from that which
had been told to them for another, so We sent upon the wrong-doers Rijzan
(a punishment) from the heaven because of their rebelling against Allah's
Obedience.

(60) And (remember) when Musa (Moses) asked for water for his people, We
said, " Strike the stone with your stick." Then gushed forth therefrom
twelve springs. Each (group of) people knew its own place for water. " Eat
and drink of that which Allah has provided and do not act corruptly, making
mischief on the earth." (61) And (remember) when you said, " O Musa
(Moses) ! We cannot endure one kind of food. So invoke your Lord for us to
bring forth for us of what the earth grows, its herbs, its cucumbers, its
Fum (wheat or garlic), its lentils and its onions." He said, " Would you
exchange that which is better for that which is lower ? Go you down to any
town and you shall find what you want !" And they were covered with
humiliation and misery, and they drew on themselves the Wrath of Allah. That
was because they used to disbelieve the Ayat (proofs, evidences, verses,
lessons, signs, revelations, etc.) of Allah and killed the Prophets
wrongfully. That was because they disobeyed and used to transgress the
bounds (in their disobedience to Allah, i.e. commit crimes and sins).


* Israelites Degeneration.

(62) Verily ! Those who believe and those who are Jews and Christians, and
Sabians, whoever believes in Allah and the Last Day and do righteous good
deeds shall have their reward with their Lord, on them shall be no fear, nor
shall they grieve. (63) And (O Children of Israel, remember) when We took
your covenant and We raised above you the Mount (saying), " Hold fast to
that which We have given you, and remember that which is therein so that you
may become Al-Muttaqun. (64) Then after that you turned away. Had it not
been for the Grace and Mercy of Allah upon you, indeed you would have been
among the losers.

(65) And indeed you knew those amongst you who transgressed in the matter of
the Sabbath (i.e. Saturday). We said to them, " Be you monkeys, despised and
rejected." (66) So We made this punishment an example to their own and to
succeeding generations and a lesson to those who are Al-Muttaqun. (67) And
(remember) when Musa (Moses) said to his people, " Verily, Allah commands
you that you slaughter a cow." They said, " Do you make fun of us ?" He
said, " I take Allah's Refuge from being among Al-Jahilun (the ignorants or
the foolish)."

(68) They said, " Call upon your Lord for us that He may make plain to us
what it is !" He said, " He says, " Verily, it is a cow neither too old nor
too young, but (it is) between the two conditions', so do what you are
commanded." (69) They said, " Call upon your Lord for us to make plain to us
its colour." He said, " He says, " It is a yellow cow, bright in its colour,
pleasing to the beholders." (70) They said, " Call upon your Lord for us to
make plain to us what it is. Verily to us all cows are alike, And surely, if
Allah wills, we will be guided." (71) He [Musa (Moses)] said, " He says,
" It is a cow neither trained to till the soil nor water the fields, sound,
having no other colour except bright yellow." They said, " Now you have
brought the truth." So they slaughtered it though they were near to not
doing it.


*  They Grow In Hard Heartedness.

(72) And (remember) when you killed a man and fell into dispute among
yourselves as to the crime. But Allah brought forth that which you were
hiding. (73) So We said, " Strike him (the dead man) with a piece of it (the
cow)." Thus Allah brings the dead to life and shows you His Ayat (proofs,
evidences, verses, lessons, signs, revelations, etc.) so that you may
understand. (74) Then, after that, your hearts were hardened and became as
stones or even worse in hardness. And indeed, there are stones out of which
rivers gush forth, and indeed, there are of them (stones) which split
asunder so that water flows from them, and indeed, there are of them
(stones) which fall down for fear of Allah. And Allah is not unaware of what
you do.

(75) Do you (faithful believers) covet that they will believe in your
religion inspite of the fact that a party of them (Jewish rabbis) used to
hear the Word of Allah [the Taurat (Torah)], then they used to change it
knowingly after they understood it ? (76) And when they (Jews) meet those
who believe (Muslims), they say, " We believe.", but when they meet one
another in private, they say, " Shall you (Jews) tell them (Muslims) what
Allah has revealed to you [Jews, about the description and the qualities of
Prophet Muhammad, Peace be upon him, that which are written in the Taurat
(Torah)], that they (Muslims) may argue with you (Jews) about it before your
Lord ?" Have you (Jews) then no understanding ?"

(77) Know they (Jews) not that Allah knows what they conceal and what they
reveal ? (78) And there are among them (Jews) unlettered people, who know
not the Book, but they trust upon false desires and they but guess.
(79) Then woe to those who write the Book with their own hands and then say,
" This is from Allah," to purchase with it a little price ! Woe to them for
what their hands have written and woe to them for that they earn thereby.

(80) And they (Jews) say, " The Fire (i.e. Hell-fire on the Day of
Resurrection) shall not touch us but for a few numbered days." Say
(O Muhammad, Peace be upon him to them), " Have you taken a covenant from
Allah, so that Allah will not break His Covenant ? Or is it that you say of
Allah what you know not ?" (81) Yes ! Whosoever earns evil and his sin has
surrounded him, they are dwellers of the Fire (i.e. Hell), they will dwell
therein forever. (82) And those who believe (in the Oneness of Allah,
Islamic Monotheism) and do righteous good deeds, they are dwellers of
Paradise, they will dwell therein forever.


*  Their Covenant And Its Violation.

(83) And (remember) when We took a covenant from the Children of Israel,
(saying), Worship none but Allah (Alone) and be dutiful and good to parents,
and to kindred, and to orphans and Al-Masakin (the poor), and speak good to
people [i.e. enjoin righteousness and forbid evil, and say the truth about
Muhammad, Peace be upon him], and perform As-Salat (Iqamat-as-Salat), and
give Zakat. Then you slid back, except a few of you, while you are
backsliders. (84) And (remember) when We took your covenant (saying), Shed
not the blood of your people, nor turn out your own people from their
dwellings. Then, (this) you ratified and (to this) you bear witness.

(85) After this, it is you who kill one another and drive out a party of you
from their homes, assist (their enemies) against them, in sin and
transgression. And if they come to you as captives, you ransom them,
although their expulsion was forbidden to you. Then do you believe in a part
of the Scripture and reject the rest ? Then what is the recompense of those
who do so among you, except disgrace in the life of this world, and on the
Day of Resurrection they shall be consigned to the most grievous torment.
And Allah is not unaware of what you do. (86) Those are they who have bought
the life of this world at the price of the Hereafter. Their torment shall
not be lightened nor shall they be helped.


*  They Reject The Prophet.

(87) And indeed, We gave Musa (Moses) the Book and followed him up with a
succession of Messengers. And We gave 'Iesa (Jesus), the son of Maryam
(Mary), clear signs and supported him with Ruh-ul-Qudus [Jibrael (Gabriel)].
Is it that whenever there came to you a Messenger with what you yourselves
desired not, you grew arrogant ? Some, you disbelieved and some, you killed.

(88) And they say, " Our hearts are wrapped (i.e. do not hear or understand
Allah's Word)." Nay, Allah has cursed them for their disbelief, so little is
that which they believe. (89) And when there came to them (the Jews), a
Book (this Qur'an) from Allah confirming what is with them [the Taurat
(Torah) and the Injeel (Gospel)], although aforetime they had invoked Allah
(for coming of Muhammad, Peace be upon him) in order to gain victory over
those who disbelieved, then when there came to them that which they had
recognised, they disbelieved in it. So let the Curse of Allah be on the
disbelievers. (90) How bad is that for which they have sold their ownselves,
that they should disbelieve in that which Allah has revealed (the Qur'an),
grudging that Allah should reveal of His Grace unto whom He will of His
slaves. So they have drawn on themselves wrath upon wrath. And for the
disbelievers, there is disgracing torment.

(91) And when it is said to them (the Jews), " Believe in what Allah has
sent down," they say, " We believe in what was sent down to us." And they
disbelieve in that which came after it, while it is the truth confirming
what is with them. Say (O Muhammad, Peace be upon him to them), " Why then
have you killed the Prophets of Allah aforetime, if you indeed have been
believers ?" (92) And indeed Musa (Moses) came to you with clear proofs, yet
you worshipped the calf after he left, and you were Zalimun (polytheists and
wrong-doers). (93) And (remember) when We took your covenant and We raised
above you the Mount (saying), " Hold firmly to what We have given you and
hear (Our Word). They said, " We have heard and disobeyed." And their hearts
absorbed (the worship of) the calf because of their disbelief. Say, " Worst
indeed is that which your faith enjoins on you if you are believers."

(94) Say to (them), " If the home of the Hereafter with Allah is indeed for
you specially and not for others, of mankind, then long for death if you are
truthful." (95) But they will never long for it because of what their hands
have sent before them (i.e. what they have done). And Allah is All-Aware of
the Zalimun (polytheists and wrong-doers). (96) And verily, you will find
them (the Jews) the greediest of mankind for life and (even greedier) than
those who, ascribe partners to Allah (and do not believe in Resurrection,
Magians, pagans, and idolaters, etc.). Everyone of them wishes that he could
be given a life of a thousand years. But the grant of such life will not
save him even a little from (due) punishment. And Allah is All-Seer of what
they do.



Catatan Penting, " Dengan keadaan hati mereka leka daripada memahami dan
mengamalkan maksudnya." (Al Anbiya, ayat 3) " Maka adakah mereka sengaja
tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran ? Atau telah ada
di atas hati mereka kunci penutup ?" (Muhammad, ayat 24)

" Wahai pembaca yangg patut dikasihani dan tidak berdaya ! Apa yang engkau
dapat dari membaca Al-Quran hanyalah berupa gerakan lidah. Seandainya engkau
merenungkan apa yang engkau baca, maka hatimu akan hancur oleh apa yang
membuat rambut Rasullullah SAW beruban. Tetapi kalau engkau sudah merasa
cukup puas, hanya sekadar menggerakkan lidah, engkau tidak memperolehi buah
Al-Quran " (Imam Al Ghazali, Ihya ulumuddin)

No comments:

Post a Comment